AMANAH ALLAH
Amanah Allah kepada manusia ialah buat baik dibalas kebajikan, buat jahat diazab. Setiap amanah adalah fardhu. melengah-lengah atau lalai pada menunaikannya akan merosakkan sebahagian daripada keperluan hak yang lain. Pelaksanaan amanah perlu dipraktiskan bukan bicara. Amanah itu perkara yang nyata lagi maujud kerana balasan dari Allah juga nyata. Amanah harus dipikul dengan iman bukan nafsu dan bukan menyalahkan yang lain kerana gagal menunaikan amanah itu. Bila ia dipikul dengan nafsu itu tanda binasa. Ia tidak boleh dipraktiskan dengan angkuh dan riak. Ia perlu ada ilmu dan bimbingan. Ia bukan "Games". Ramai yang gagal dan binasa kerana bermain dengan amanah. Iman penyelesaiannya.