Pengucapan Syahadah yang betul adalah sangat penting kerana ia merupakan pengakuan seseorang insan terhadap keesaan Allah s.w.t., mentauhidkan-NYA dari segala perkara syirik, mengakui sifat-sifat-NYA dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Syahadah juga merupakan pengakuan seorang muslim untuk melaksanakan segala perintah dan suruhan-NYA menurut syariat yang telah diajarkan/ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w.
Harus diingati bahawa perkataan mengikut kaedah bahasa arab dipanggil kalimah “ MENGELUARKAN SESUATU” yang ditetapkan bersungguh dengan yakin sehingga menjadi Jazam yang sungguh-sungguh akan adanya itu daripada sama-samar pemikiran yang terbit melalui sangkaan, khayalan, syak, zhon, waham ertinya membenamkan sunguh-sungguh atau memperhilangkan sungguh-sungguh akan syak,zhon,waham sehingga tidak wujud lagi Fardhu Takdir dan disahkan bersungguh-sungguh hukum mustahil akan wujud Zat yang lain, Sifat yang lain, Perbuatan yang lain dan menetapkan bersungguh-sungguh yang sudah dihukum dengan wajib ada Zat, Sifat, Perbuatan yang sebenar-benarnya yang diiktiqad serta wajib diperhambakan diri seluruhnya ialah kepada Allah Ta’ala semata-mata.
Tanpa SYAHADAH manusia hilang maruah diri
Kerana Ketiadaan IMAN ( keyakinan pada yang Ghaib), seseorang itu merasa dirinya BEBAS menentukan jalan hidupnya …walaupun ia tahu (atau pura-pura tidak tahu) yang ia sedang MENDURHAKA kepada Allah, Tuhan yang MENJADIKAN dirinya.
“Sesungguhnya kekuasaannya(syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah” (Surah An Nahl,ayat 100)
MENGAPA Berani BUAT MAKSIAT?MENGAPA berani DEDAH AURAT?
…Kerana mereka TIADA PERJANJIAN IMAN dengan Tuhan Dan Rasul-NYA
“ Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah MENGIKAT PERJANJIAN (dengan iman dan amal soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNYA!” (surah Maryam, ayat 87)
Masuklah ke dalam Islam Kaffaf (keseluruhan)
“Wahai orang yang beriman!, masuklah Islam keseluruhan, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu” (surah Al-Baqarah, ayat 208)
Ayat ini, ia menerangkan bahawa cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam, bukan cara hidup lain seperti kapitalisme, komunisme, Darwinisme, Socialisme dan bermacam-macam isme-isme rekaan atau buatan manusia. Ini adalah kerana semestinya sebuah ideologi yang lengkap sebagaimana Firman Allah “ Hari ini telah aku sempurnakan bagimu Deen kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu” (Surah Al-Maidah, ayat 3)
Ingatlah firman Allah s.w.t, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut akidah mereka….” (Surah Al-Baqarah, ayat 120)
Tidakkah cukup dengan namanya Islam sahaja sebagaimana diabdikan dalam Al-Quran, “Dia (Allah) telah menamakan kamu sebgai orang Islam sejak dulu” (TMQ 22:78)
“Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu (Muhammad) sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah diatas tangan mereka maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar” (surah Al-Fath, Ayat 10)
Mereka yang telah menunaikan Syariat ini (Bai’at), maka terlaksanalah ia sebagai ISLAM KESELURUHAN, dan lakukanlah rukun-rukun yang lainnya sepertimana yang dikerjakan sebgai seorang islam.
DAN JADILAH PEMELUK UGAMA ISLAM KESELURUHAN (KAFFAH)
Janganlah mengatakan Syariat (bai’ah) ini hanya dilakukan oleh orang-orang terdahulu sahaja, itu supaya mendustakan ayat-ayat Allah diatas.
PENYAKSIAN PERTAMA DI ALAM ARUAH
Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam ruh. Kita sebgai manusia biasa tidak mengetahui akan hakikat bilakah ruh dijadikan. Ulama berpendapat bahawa kewujudan ruh adalah semenjak azaki lagi sama seperti kejadian malaikat dan jin
Suatu ketika dulu, nabi Adam telah diiringi oleh para malaikat ke lembah bersebelahan dengan bukti Rahmah, sebuah lembah yang sangat besar.Disana dengan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah, telah dikeluarkan dari tulang sulbi Adam akan seluruh ruh anak cucu nya bermula dari awal dunia hinggalah ke akhirnya kelak termasuklah anak yang keluar kerana kekufuran.
Ruh-ruh tersebut telah disusun demikian rupa ( di dalam saf-saf mengikut zamn masing-masing) namun lembah tersebut masih penuh sesak sehinggakan menakjubkan para malaikat kerana sekirtranya ruh-riuh itu diberikan jasad sudah tentu akan sempitlah permukaan bumi ini
Ruh-ruh tersebut dikeluarkan bagi mengikat tali perjanjian dengan Allah dan dimasukkan semula ke tulang belakang Adam dan akan dilahirkan bila tiba saatnya kelak. Isi perjanjian di antara ruh dengan Allah itu berbunyi berikut :
“ dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan ketuunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: “Bukankah Aku ini tuhanmu?” mereka (ruh) menajwab: “Betul, Engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”
(kami lakukan yang demikian itu )agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” (Surah Al-A’araf, ayat 172)
Apabila ruh dah ditiupkan ke dalam jasad akan berlakulah beberapa perubahan. Ada yang dapat kita perhatikan. Sesungguhnya apa yang terjadi pada janin didalam rahim setelah ditiupkan ruh dapat diketahui dengan menelaah perubahan fungsional, perubahan spesifikasi , gerak, respons terhadap pelbagai pengaruh dan emosi
Wahai Saudaraku sekalian
Demikianlah hal yang berkaitan dengan Alam ruh, semoga Alllah taala selalu peringatkan dan menyedarkan kita serta dipermudahkan oleh Nya untuk menunaikan janji asal kita itu sekaligus menadapatkan keredhaanNYA maka, sebagai manusia, kita adalah salah seorang keturunan Adam yang tidak terlepas daripada perjanjian taat kepada Allah, kita hendaklah insaf dan sedar serta wajib menunaikan janji dan menepati persaksian yang telah kita lakukan sendiri dialam ruh tersebut.
Hukuman pada yang menyembunyikan Kalimah syahadah
Kamu sendiri pun tahu apakah hukuman Allah buat mereka yang menyembunyikan syahadah ini ketika di dunia. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita daripada akibat buruk yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Allah taala sendiri berfirman :
“ Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (surah Al-Baqarah, ayat 140)
Perbaharui iman
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya “ Perbaharuilah iman kamu . Perbanyakkanlah menyebut kalimah la ilaha illallah.”
Dalam satu hadis lain, Rasulullah permah bersabda yang bermaksud :
“Iman seseoirang boleh menjadi using dan lusuh seperti using dan lusuhnya sehelai pakaian. Maka hendaklah kamu memohon ke hadrat Allah supaya memperbaharui iman kamu yang ada dalam hatimu.” (hadis riwayat Tabrani dan Hakim”
Kalimat Taqwa
“Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan kepada mereka KALIMAT TAQWA (Syahadah) ,sedang mereka lebih berhak dengan taqwa itu dan menjadi ahlinya “ (Surah Al-Fath, ayat 26 )
Taqwa ialah memelihara diri dari jatuh ke dalam dosa
Ini bermaksud sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah akan terpelihara dari jatuh ke dalam dosa-dosa besar dan kecil. Sekiranya mereka jatuh, mereka akan segera kembali bertaubat kepada Allah s.w.t. Orang-orang yang bersyahadah (dengan ikhlas dan beramal soleh) akan menjadi AHLI TAqwa iaitu mereka yan sentiasa memelihara diri dari terjatuh ke dalam dosa-dosa.