Syahadatain

Syahadatain itu ertinya: mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, iaitu pengakuan atau persumpahan kita, yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain daripada Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah, untuk menyiarkan agama Islam yang suci kepada seluruh manusia.

Orang yang masuk Islam itu wajib mengucapkan Dua Kalimah Syahadah serta membuktikan pengakuannya itu dengan amal salih dan melakukan sekalian ibadah yang wajib dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

FARDHU SYAHADAH ITU ADA 2 (DUA) :
  1. Hendaklah diikrarkan dengan lidah
  2. Hendaklah ditasdiqkan (dibenarkan) dalam hati


SYARAT KESEMPURNAAN SYAHADAT ITU ADA 4 (EMPAT)
  1. Hendaklah diketahui dan mengerti akan maksud syahadat itu.
  2. Hendaklah diikrarkan dengan lidah, ertinya: dibaca kalimat syahadat itu dengan lidah semenjak dari permulaan hingga akhir sekaligus.
  3. Hendaklah ditasdiqkan (dibenarkan) dalam hati akan maksud syahadat itu dengan tidak ragu-ragu lagi.
  4. Hendaklah yakin dan diamalkan dengan anggota badan, dengan hati dan perbuatan akan segala perintah Allah; dan wajib menolak segala pekerjaan yang menyalahi erti atau maksud Dua Kalimah Syahadat itu.


RUKUN SYAHADAT ITU ADA 4 (EMPAT)
  1. Menetapkan Zat Allah itu sendiri dengan sendirinya
  2. Menetapkan Sifat Allah itu berkuasa
  3. Menetapkan bahawa Allah itu berbuat dengan sekehendaknya
  4. Menetapkan akan kebenaran Rasulullah s.a.w.


YANG MEMBINASAKAN SYAHADAH ITU ADA 4 (EMPAT)
  1. Mempersekutukan Allah
  2. Merasakan syak hati (ragu-ragu) akan adanya Allah
  3. Membantah dirinya dijadikan oleh Allah.
  4. Merasa ragu-ragu bahawa dirinya itu dijadikan oleh Allah.


SYAHADAH ITU TERBAHAGI KEPADA 2 (DUA)
  • Syahadat Tauhid, iaitu :



-Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah
  • Syahadat Rasul, iaitu:



-Dan aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh (Rasul) Allah.

SYAHADAT YANG SEMPURNA ITU IALAH:



Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh (Rasul) Allah.