Doa pelihara dari berpenyakit Munafiq

"Allahumma tohhir qalbi minan nifaqi, wa hassin farji minal fawa hish". Maksud: Ya Allah, Ya Tuhan ku, Aku pohon peliharalah aku dari penyakit NIFAQ (Munafiq) dan kemaluanku (jika wanita-faraj/ lelaki-qubul) dari segala kekejian (ZINA). Doa selepas istinja dalam tandas. KENAPA PERLU BACA? Terpelihara dari perbuatan MUNAFIQ dan ZINA yang bermula dari dalam tandas. INSYAALLAH ALLAH AKAN PELIHARA MEREKA YANG BERDOA DAN BERADAB DIDALAM TANDAS. Dalam tandas ada syaitan jantan dan betina.

Keperluan Tasauf

Ya akhi, Ilmu Tasauf mendidik hati manusia yang berakhlak " keras / kasar" (kerana hati keras). Tasauf mengajar jadi "Ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat". Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, taklah lagi melihat keburukan orang lain, mengata orang , buruk sangka, terhadap orang lain, memaaf kesalahan orang lain (keran Allah Maha Pemaaf). Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup nak didik hati. Ilmu HATI ada cara dan jalannya. Tasaf menjernihkan hati

Syahadatain

Syahadatain itu ertinya: mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, iaitu pengakuan atau persumpahan kita, yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain daripada Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah, untuk menyiarkan agama Islam yang suci kepada seluruh manusia.

Orang yang masuk Islam itu wajib mengucapkan Dua Kalimah Syahadah serta membuktikan pengakuannya itu dengan amal salih dan melakukan sekalian ibadah yang wajib dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

FARDHU SYAHADAH ITU ADA 2 (DUA) :
  1. Hendaklah diikrarkan dengan lidah
  2. Hendaklah ditasdiqkan (dibenarkan) dalam hati


SYARAT KESEMPURNAAN SYAHADAT ITU ADA 4 (EMPAT)
  1. Hendaklah diketahui dan mengerti akan maksud syahadat itu.
  2. Hendaklah diikrarkan dengan lidah, ertinya: dibaca kalimat syahadat itu dengan lidah semenjak dari permulaan hingga akhir sekaligus.
  3. Hendaklah ditasdiqkan (dibenarkan) dalam hati akan maksud syahadat itu dengan tidak ragu-ragu lagi.
  4. Hendaklah yakin dan diamalkan dengan anggota badan, dengan hati dan perbuatan akan segala perintah Allah; dan wajib menolak segala pekerjaan yang menyalahi erti atau maksud Dua Kalimah Syahadat itu.


RUKUN SYAHADAT ITU ADA 4 (EMPAT)
  1. Menetapkan Zat Allah itu sendiri dengan sendirinya
  2. Menetapkan Sifat Allah itu berkuasa
  3. Menetapkan bahawa Allah itu berbuat dengan sekehendaknya
  4. Menetapkan akan kebenaran Rasulullah s.a.w.


YANG MEMBINASAKAN SYAHADAH ITU ADA 4 (EMPAT)
  1. Mempersekutukan Allah
  2. Merasakan syak hati (ragu-ragu) akan adanya Allah
  3. Membantah dirinya dijadikan oleh Allah.
  4. Merasa ragu-ragu bahawa dirinya itu dijadikan oleh Allah.


SYAHADAH ITU TERBAHAGI KEPADA 2 (DUA)
  • Syahadat Tauhid, iaitu :



-Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah
  • Syahadat Rasul, iaitu:



-Dan aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh (Rasul) Allah.

SYAHADAT YANG SEMPURNA ITU IALAH:



Aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh (Rasul) Allah.

Senarai Semak Pengajian Ilmu Tasauf

Senarai Semak Pengajian Ilmu Tauhid



Senarai Semak Pengajian Ilmu Fiqh







Carta Syahadah